Musnahkan pengkhianat Negara

Musnahkan pengkhianat Negara

Blogger Pembela Negara

Tuesday, November 17, 2009

PRK...............?




Speaker DUN Kedah puas hati

ALOR SETAR 16 Nov. - Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berpuas hati dengan keputusan mahkamah hari ini yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh kosong.

Abdul Isa berkata, beliau yakin mahkamah telah membuat keputusan tepat dan terbaik bagi penduduk kawasan tersebut.

''Ini bukan soal gembira atau tidak, ini soal pelaksanaan undang-undang.

''Keputusan ini telah memihak kepada kami dan mahkamah telah membuat keputusan berdasarkan fakta dan hujah-hujah yang telah diberikan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Seterusnya...klik

P/S: Haaa UMNO kedah tunggu apa lagi turun padang la jangan dok nganga lagi bantu apa yang patut jangan tunggu SPR nak umum baru kelamkabut nak jumpa rakyat bawah, masa la nak pi pujuk rakyat bila dah nak umum baru terketaq nak pi jumpa rakyat dah tak guna. Jadikan Kota Seputeh menaikan kembali moral orang UMNO dalam negeri Kedah.



Aku penyokong Kedah 100%

Hujan lagi Sungai Petani

Hari ini aku naik bukit nak ambil gambar Bandar Sungai Petani guna C510 tapi cuaca tidak mengizinkan masih hujan lagi.










Thursday, November 12, 2009

Utara masih mendung





Cuaca masih macam ni juga...............nak banjir lagi ni...

Sunday, November 1, 2009

Jangan dihina dikemudian hari......

Hari ini perjalanan politik negara kita masih keadaan penat, masih terkial-kial, tidak menentu dan jauh menyimpang dari asalnya.

Bagi aku yang masih tidak faham mencari nilai-nilai murni dalam politik terasa tidak tentu arah dalam menghitung hari apakah nasib kita orang-orang melayu dalam berpolitik.

Hari ingin aku bercakap kepada mereka yang akalnya waras, cerdik dan dalam bahasa canggihnya genius meletakkan politik melayu di tahap mana? Bagi aku sepatutnya bangsa kita (melayu) harus berjuang seperti pahlawan yang dulu-dulu. Berjuang demi bangsanya agamanya dan tanahairnya.

Semenjak PRU12 aku amat kecewa sekali, seperti aku ditumbuk oleh bangsa asing, walaupun parti-parti ini (PR) mengaku untuk menjaga kita khasnya orang-orang melayu, tetapi mereka tidak berjaya membawa apa-apa untuk kita. Kenapa kita sesama insan lebih-lebih lagi pada masa ini sanggup melupakan adat dan budaya orang Melayu dan Islam semata-mata mahu mencari undi? Berbaloikah dengan maki hamun kerana ketamakan dan kerakusan bagaikan manusia hilang ingatan hanya disebabkan undi?

Dengan sikap ego mereka, masih tidak berubah selain fitnah lagi banyak ditaburkan kepada pemimpin negara. Apa salah jika kita bergabung dalam penyatuan melayu dalam parti UMNO. Tiada rugi walaupun sejarah dulu terkena kepada PAS, lupakan sengketa itu jadikan generasi baru kita untuk bersatu.

UMNO boleh melupakan MIC & MCA tetapi kepada PAS apakah kamu boleh lupakan DAP & PKR? Jawapannya ada kepada ahli-ahlinya.......................?

Mari sama-sama kita doakan kepada Allah supaya terbuka hati mereka untuk bergabung dengan UMNO supaya melayu boleh kuat dan kita boleh jalankan undang-undang dalam Islam.
Jika gabungan ini terjadi akan bertambah kuatlah orang-orang melayu. Apakah kita semua tidak mahu?

Salam perpaduan

Tuesday, October 27, 2009

Ayat Kursi Menjelang Tidur

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan.

Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.

Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."

Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.

Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"
Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.

"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hal nanti malam ia akan datang lagi."

Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun

ditingkatkan. Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W,

dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."

Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi.

Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan

Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ?

"Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah
ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.

"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia

tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa akhirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."

"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi :

Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."

Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang
pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.

"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.

"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah. "Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.

Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."

Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula :

"Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?"

"Entahlah." Jawab Abu Hurairah.

"Itulah syaitan."


macam anwar atarturk jahat segalanya

Monday, October 19, 2009

Saturday, October 17, 2009

week 9




Gameweek 9
Aston Villa - Chelsea 17 Oct 19:45
Arsenal - Birmingham 17 Oct 22:00
Everton - Wolves 17 Oct 22:00
Man Utd - Bolton 17 Oct 22:00
Portsmouth - Tottenham 17 Oct 22:00
Stoke City - West Ham 17 Oct 22:00
Sunderland - Liverpool 17 Oct 22:00
Blackburn - Burnley 18 Oct 20:00
Wigan - Man City 18 Oct 23:00
Fulham - Hull City 20 Oct 03:00

Kita tunggu malam ni..........

Kedah..Kedah..Kedah.....


Azraai tinggalkan skuad Kedah


SETELAH menjulang Kedah sebagai juara treble bagi dua musim berturut- turut, Mohd. Azraai Khor Abdullah mula berubah angin.

Semalam, Azraai membuat kejutan apabila melepaskan jawatannya sebagai ketua jurulatih skuad bola sepak Kedah.

"Saya sudah menghantar surat meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Kedah kepada Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Hamdan Mohamed Khalib tengah hari semalam.

"Beliau (Hamdan) meminta saya menimbang semula keputusan saya itu tetapi saya sudah tekad untuk ber- alih arah," kata Azraai kepada Kosmo! semalam.

Ditanya dengan lebih lanjut mengenai keputusannya untuk meletakkan jawatan, Azraai berkata: "Saya sedih, sama ada mereka (pihak pengurusan) tidak faham tentang bola sepak atau mahu mempolitikkan sukan itu. Saya mencadangkan beberapa nama pemain serangan untuk Kedah tetapi maklum balas yang diberi mengecewakan."

"Real Madrid, satu pasukan yang hebat pun masih mahu mengambil Kaka dan Cristiano Ronaldo. Ini pula Kedah yang tiada pemain seperti itu mahu mengambil penyerang tempatan yang berbakat sahaja tetapi hampa," katanya.

"Apa pun, sebagai anak jati Kedah saya sudah melakukan yang terbaik untuk pasukan. Saya berbangga dengan pemain Kedah dan saya mengiktirafkan mereka antara pemain legenda Kedah," katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada penyokong Kedah yang disifatkan antara yang terbaik di negara ini.

"Penyokong memahami kesukaran dan masalah saya. Mereka banyak membantu menjulang Kedah," katanya.

Selepas mengesahkan tiada lagi 'ikatan' dengan Kedah, kini jurulatih berusia 57 tahun itu bakal membuka buku baru dengan melatih skuad muda negara, Harimau Muda mulai 1 November depan.

"Saya telah menerima panggilan telefon daripada kakitangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) petang semalam yang meminta butiran peribadi dan alamat saya bagi urusan surat tawaran (sebagai jurulatih skuad Harimau Muda).

Azraai menambah, beliau bersyukur kerana permohonannya untuk membimbing skuad Harimau Muda yang akan beraksi pada kempen Liga Super musim depan telah diterima FAM.

"Pada September lalu, saya ada memohon kepada FAM untuk melatih skuad muda negara itu," katanya.

Untuk rekod, Azraai yang mula membimbing Kedah sejak 2004, membantu pasukan itu menjuarai Liga Perdana pada musim 2005/ 2006.

Pada musim 2007 dan 2008, Kedah mencipta sejarah apabila muncul sebagai juara treble dengan meraih Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super selain Azraai dijulang sebagai jurula- tih terbaik sebanyak dua kali.

Namun, pada saingan musim ini, Kedah seakan-akan ditimpa 'bencana' apabila sekadar menduduki tangga ketiga Liga Super, Piala FA (pusi- ngan kedua) dan Piala Malaysia (peringkat kumpulan).

.....................

Apakah punca kejatuhan pasukan kesayangan kita ini jatuh merudum, pihak pengurusan diambil oleh Kerajaan barukah yang punca jadi begini? Jika nak berpolitik pun jangan jadikan bolasepak ini tempatnya. Ingat sila ambil ikhtibar...... semoga berjaya pasukan Kedah untuk tahun depan dan selamat berjaya dan terima kasih kepada coach azraii berkhidmat selama ini.

Sunday, October 11, 2009

Wow........ini kena respect sama N31

Kita mesti respect la sama gerak kerja dari N31 sungguh hebat, Kedah kena belajar dari mereka untuk PRU13 nanti. Mana-mana kawan kita yang pergi ke N31 bawa balik pengalaman ni untuk kita terjemahan kepada PR yang kedah nanti pun boleh.

Undi Pos - BN- 3521, PAS- 601, rosak 54 - MAJORITI - 2920

Bradwall - BN - 215, PAS - 90 , Rosak - 7 - MAJORITI - 125

Sua Betong - BN - 371, PAS- 149, Rosak -9 - MAJORITI - 222
MAJORITI
Taman Easton - BN 136, PAS - 78, Rosak -1 - MAJORITI - 58

Ladang Siliau - BN - 349, PAS -113, - MAJORITI - 236

Ladang Atheton - BN - 236, PAS -91 - MAJORITI - 145

Bagan Pinang - BN 1309 - , PAS - 578 - MAJORITI - 731

SIRUSA - BN - 767, PAS - 304 - MAJORITI - 463

TELOK KEMANG - BN - 1109, PAS - 563 - MAJORITI - 546

maklukmat lanjut terus ke House PK

Thursday, October 8, 2009

commersial break.........haaaaaaaa

Memang muka tidak malub bagi tau sat kat depa tolong minta undi kat PKM.











Iklan baik dari garamanis....... punya gelak sampai nak melugai.

N31 BP memang best...

Memang best orang2 NS meriah tengok diaorang dalam prk ni.
Mari kita semua menaikan semula agama, bangsa dan negara kita .











Semoga Allah memberi kejayaan pada kalian semua kami menyokong 100% dari utara.

Friday, September 18, 2009

Monday, August 3, 2009

Emirates Cup

EPL nak start dah 2imggu lagi ...


Arsenal vs Rangers - Emirates Cup at FootyTube.com

Sunday, July 26, 2009

Perpaduan.....?????

Salam,

Terkejut aku hari ini TGNA sanggup mencemar ideanya yang mahukan perpaduan kembali menyemarak di Kelantan untuk berbaik dengan kerajaan pusat.

Apa yang tak kenanya disini memang kita sedia maklum bahawa TGNA memang dikenali seorang penentang yang hebat kepada saudara seIslam dalam negara kita. Secara tiba-tiba menghulurkan tangan tanda perdamaian demi Islam dan orang Melayu.

Haaa haaa apa tu TGNA buat lawak ka. Dulu sebelum PRK MU macam-macam tohmahan di sajikan kepada kerajaan pusat tiba-tiba lain pula kisahnya.

Ni TGNA jangan dok merapu la orang tau la perangai hang tu. Sejak MU nak jatuh kat UMNO baru sekarang dia kelamkabut.

MU kan tak mau pembangunan kata dia tu punca menang majoriti 65 undi.

Yang betulnya dia sudah takut bahawa rakyat Kelantan memang menagih pembangunan di sana. Itu sebab la dia sanggup berbaik dengan kerajaan pusat untuk menyelamat sokong rakyat Kelantan bila dah dapat sokong rakyat mau tau kerajaan pusat di hentamnya balik paku buah keras nanti.

Ini semua omong-omong kosong dari TGNA untuk membaikpulih sokong mereka saja, pasal sekarang rakyat dah tak tahan perangai PR yang dok ada sekarang.

1Malaysia sudah mengatasi reputasi PR jadi tiba masanya mereka akan berbaik dengan kerajaan pusat untuk menutup kelemahan mereka sekarang.

Petikan dari Segalanya Mungkin (Walaupun sedikit prasangka berdasarkan lidahnya yang bercabang, saya terpaksa mengalu-alukan kenyataan beliau ini. Kita tunggu apa perkembangannya selepas penganjuran Kelantan Fiesta 2009 di Kuala Lumpur dan pada 28 hingga 31 Oktober ini di Padang Perdana dan perkarangan Stadium Sultan Mohamad ke-IV di Kota Bharu. Atau mungkin selepas itu cakapnya berputar semula?)

Bagi aku tidak mngkin terjadi, ini adalah psycho dari juak-juak penentang sahaja.

Waspada lah kita jangan jadi macam ari tu Kerajaan Perpaduan yang di war-warkan.

kat sini pun leh baca

Tuesday, July 14, 2009

wazz..........up wazz..........pp 65%


سلام سجهترا

Alhamdulillah, kepada semua penyokong UMNO walaupun kita kalah kat Manik Urai jangan kita bisa kecewa. Kekalahan kita ini sememangnya bermaruah. Kita tahu kalah menang itu adat dalam perjuangan. Walaupun kekalahan kita tu hanya 65 majoriti itu ialah kemenangan kita di kubu mereka yang paling taksub.

Walaupun kita kalah, selepas ini semua pemimpin kita harus juga hadir diri mereka jika rakyat meminta pertolongan dari wakil kita untuk menunjukkan yang kita ini bukan komunis seperti yang mereka sangka. Kita kena turun padang tunjukkan kepada mereka yang kita ini parti yang diperlukan oleh rakyat

Selepas ini buat postmortem tengok di mana peti-peti undi yang memenangkan. Kita turun dan langsaikan hutang kita kepada mereka kerana apa yang kita janji kepada pengundi kita sebelum ini.

Ini kita parti yang tidak menipu orang malah sentiasa membantu rakyat walaupun kerajaan kita sentiasa difitnah. Walau apapun pemimpin kita harus turun bersama rakyat. Ini bukan apa ini adalah 1 point untuk 1Malaysia.

Pembangkang sudah sedar bahawasanya graf Gelombang Biru sudah meningkat maka dengan ini mereka akan menyerang besar-besar dengan ketua pembangkangnya akan naik mahkamah untuk diadili ini menyebabkan mereka semakin senak sesenak prk Bukit Gantang, Penanti dan terkini Manik Urai yang membuktikan bahawa rakyat sudah menampar malah menendang PR yang semakin semak dalam mentadbir negeri mereka.

Akhir sekali jika jadi pemimpin tu beringat jaga maruah bangsa kita agama kita letakkan semua ini diatas sekali kerana keyakinan rakyat sekarang sudah terarah kepada kita.

Baca petikan dari blogger kawan kita si Parpukari yang aku paste ni (PAS dengan tindakan ganas dan gilanya telah membuatkan rakyat negeri Kelantan meluat dengan mereka, 65 adalah satu azimat untuk BN untuk bangkit semula, rakyat sudah bagi 'signal' pada semua yang BN boleh diterima semula sekiranya BN memperbaiki lagi imej dan buangkan pemimpin RASUAH!)

Salam...........adios

Thursday, July 2, 2009

الحمدلله

Syukur kita kepada Allah,

Apa yang kita harapkan selama ini akan terjadi akhirnya. Dengan kata dan lafaz
بسم الله الرحمن الرحيم dengan ini kita semua akan hadir sendiri menyaksikan mahkamah menjalankan kes kepada bapa segala durjana,pembelit,peliwat, penghancur ummah dan terburuk memecahbelah kita Melayu didalam malaysia ini.

يا الله kami menyeru kepadaMU dengan izin jika benar ianya seorang yang keji engkau jatuhkanlah maruahnya dimahkamah dunia ini demi menyelamat umat manusia khasnya Melayu yg sekarang telah berpecahbelah demi kebaikan Malaysia.

Pindah kes liwat: Rayuan Anwar ditolak

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dari Mahkamah Sesyen.

Ia diputuskan sebentar tadi.

Mstar Online

Wednesday, July 1, 2009

PR......nak tergelak aku



1. Hari ini cerita agak menarik pasal DAP Kedah nak lari keluar dari PR. Isunya paling remeh la pasal BABI. Ni cerita lawak ke? Memang bodoh la geng pakatan ni. Tapi aku sokong 100% DAP lari keluar senang sikit Kerajaan PAS belajar berdikari tak harap bantuan DAP saja kerana nak menang. Jika tidak ada gabung ni PRU13 nampak macam best sikit. PAS nak kalut apa kat Penang pun satu haram kerusi PAS x bagi pegang exco tapi PAS Penang sial penakut.

2. Lagi satu cerita Kg Pala haa nak habaq segan, baru hampa tau macamana cina ni buat kerja kat hampa. Suruh balik Melaka haaaa jangan harap la woiiii sampai mampus pun dia tak balik punya pasal Penang ni dah nak jadi macam Singapura.

Kepada melayu buat serangan minda serang cara halus jatuhkan PR. PR dah jadi kelam-kabut.

Monday, June 29, 2009

siapa itu داججل ?

Asal-Usul Keluarganya:

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “MinalMunzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke ataslangit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehinggakiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung..Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialahseorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah daribangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan denganmakhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkanke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa keciltidak diketahui dgn jelas.

Sifat Badannya:

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanyasebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga danNeraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka(Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda;Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahankayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada duaertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-keliplaksa na bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapatdibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diriDajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tandayg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab “Shahih Muslim”, bahawaDajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau danditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis mengenainya. . (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. andaboleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawaDajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utkkeluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:

Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selamaempat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgnsetahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satuminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadikeseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di mukabumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hariyg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hariketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang sepertisetahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itudgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu.. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jamsetengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang AsarBegitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnyahingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun danbilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahunyg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh keranaitu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antarakemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akanmematuhinya. Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgnkemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akankurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilandakebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Makadaerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlahkamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitujuga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org ygbersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.

Dan ada diriwayatkanpenyoko ng Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org ygtidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran..
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahaiRasulullah?”Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih danbertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R IbnuMajah

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga danneraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakankedua- duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalahsebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Nerakadan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalauhari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasanjet- jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagidaripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuhdalam satu jam”… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?Nabi menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atauawan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islamiaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilahmasa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.

Sunday, June 14, 2009

tazkirah

Bismillahirrahmanir rahim.

Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia

Ada seorang pemuda Arab yang baru selesai pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya.
Selain belajar, dia juga
seorang jurudakwah Islam.

Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula-mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terkejut ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan
aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat diwajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda
Muslim itupun menerima pelawaan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."

Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"

Si Paderi pun mulai bertanya,

"Sebutkan satu yang tiada duanya,
dua yang tiada tiganya,
tiga yang tiada empatnya,
empat yang tiada limanya,
lima yang tiada enamnya,
enam yang tiada tujuhnya,
tujuh yang tiada lapannya,
lapan yang tiada sembilannya,
sembilan yang tiada sepuluhnya,
sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
sebelas yang tiada dua belasnya,
dua belas yang tiada tiga belasnya,
tiga belas yang tiada empat belasnya.."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
Apa yang dimaksud dengan kubur berjalan membawa isinya?
Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"
"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan
siapakah yang terpelihara dari api?
Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun
mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan
kepada Allah. Setelah membaca "Bismillah.. ." dia berkata,

#Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t...

#Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman,
"Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."
(Al-Isra': 12).

#Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika
Nabi Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika
menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

#Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

#Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

#Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t.
menciptakan makhluk.

#Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t.
berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu
sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang
tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

#Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah
s.w..t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit.
Dan pada hari itu lapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas
(kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

#Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mukjizat yang diberikan kepada Nabi
Musa iaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, katak, darah,
kutu dan belalang.
-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t.

berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali
ganda." (Al-An'am: 160).

#Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf.

#Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mukjizat Nabi Musa yang terdapat
dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya,
lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu
memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

#Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf
ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu
Subuh. Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai
menyingsing. " (At-Takwir: 18).

-Kubur yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurga adalah saudara-saudara
Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami,
sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat
barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.." Setelah kedustaan
terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu
semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu
kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.
Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara
keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,
Malaikat, Unta Nabi Soleh dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api
ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.. Allah
s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim."
(Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Soleh, yang diazab dengan
batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul
Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya
Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum
wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,
setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran
matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah
Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam
hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim
tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia menghentikan
niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.
Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti
keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan
kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu
terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba
mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah memberikan 22 pertanyaan kepadanya dan
semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun
anda tidak mampu menjawabnya! "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut
kamu marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, Wa
Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama
Islam.. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka
dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.


NOTA:


Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang
cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi
kandungan Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab
pertanyaan orang-orang kafir..

Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu
bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya)
apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan
kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam.

Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak)
benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci
Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku
(kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan
duniawi.


Wallahua'lam

Monday, May 18, 2009

شكور الحمدلله

Oleh kerana Presiden UMNO telah menetapkan bahawasanya prk Penanti tidak meletakan calonnya kita semua berasa syukur kepada Ilahi, kerana ini akan memberi peluang kepada kerajaan menjalankan tanggungjawap mereka kepada rakyat untuk membantu atau membaik pulih sektor ekonomi yang tenat malah membaikpulih keyakinan rakyat kepada UMNO.

1. Penamaan Calon

Agak-agak kita macamana perasaan BABI pada masa tu? Ketika haprak bangun pagi dengan bersemangat pakai baju melayu nak pi daftar sebagai calon tapi tidak hingar-bingar dan tidak ada caci maki side by side memang tidak ada ummphhh. Boleh bayangkan ?

2. Pacak Bendera

Haa haa kesian, dah la habis duit yang minta kat yahudi tu lum tentu yahudi nak bagi pasal bukan nak lawan dengan UMNO pas tu pacak sorang2 mesti orang akan gelak nanti. Basuh la bendera yang lama tu, save cikit cost, orang BN tidak perlu keluar duit nak lawan tapi depa kena la keluar duit nak lawan ngan parti bebas.

3. Ceramah

Yang ni lagi satu, camana ceramah diaorang tak tahu le. Ramai semestinya ramai pasal orang BN pun pi dengar jugak tu yang punca bagi penuh ceramah diaorang. Pasal ceramah mesti kata UMNO penakut,bodoh,pondan la mcam-macam lagi pasal modal lain dah tak ada.

4. Keputusan

Aku rasa ramai orang tidak akan tonton tv punya. Kalah menang pun tak ada makna pun.

Jadi kepada pengundi-pengundi UMNO kalau boleh jangan dok layan pi mengundi biar pi kat PR keluar ramai-ramai pi mengundi. Kita tengok macamana? Berapa peratus yang akan keluar mengundi kalau nak pi pangkah jugak pangkah la parti bebas. Biar BABI pening kepala.

Monday, May 11, 2009

Tunggu mahkamah la tentukan

Pembangkang tidak tolak– Anwar

BUTTERWORTH 10 Mei – Pakatan pembangkang tidak pernah menolak ruang untuk berbincang dengan mana-mana pihak termasuk UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, tidak ada alasan untuk pakatan pembangkang menolak niat baik mana-mana pihak yang mahu mengadakan perbincangan demi kepentingan rakyat.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Permatang Pauh di sini, hari ini.

“Tidak ada alasan untuk kita menolak sikap baik sesiapa juga termasuk UMNO dan BN sekiranya ini (perbincangan) disusuli dengan tindakan beradap dan mengikut undang-undang,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bahawa kerajaan BN sedia bekerjasama dengan pihak pembangkang bagi mengatasi kemelut politik di Perak, namun ia bukanlah bermakna bersetuju untuk menubuhkan kerajaan campuran. – BERNAMA

P/S: Jangan dok main la dengan BABI ni dia boleh putaq belit nanti tiba2 kerajaan lak salah.

Haiii Edrogan....

Mahfuz ingin tanding Naib Presiden

KUALA LUMPUR 10 Mei – Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar membayangkan untuk bertanding merebut salah satu daripada tiga kerusi jawatan Naib Presiden Pas pada pemilihan parti itu awal bulan depan.

Bagaimanapun, beliau berkata, keputusan sama ada bertanding atau sebaliknya hanya akan diberikan sebelum 25 Mei ini iaitu tarikh akhir bagi menjawab surat berhubung pertandingan itu.

“Saya akan nilai kemampuan saya dengan sebaik mungkin sama ada layak atau tidak untuk memegang amanah ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pas Pusat di Pejabat Pas di sini hari ini.

Untuk jawatan Naib Presiden yang kini disandang oleh Exco kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu dan Ahmad Awang, beberapa pemimpin lain dijangka bertanding.

Antara yang disebut-sebut ialah Ketua Pemuda Pas, Salahudin Ayub dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

P/S: Sudah sudah la tu wahai Edrogan buat semak saja hampa ni buat sial hidup saja hampa harap ketua hampa masuk Sungai Buloh. Amin

Pangkah sewel ni.....


Pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar kata dia tidak akan berterima kasih dengan kerajaan yang telah membebaskan beliau dari tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak Disember 2007 lalu.

Kerajaan pun tidak pernah meminta terima kasih dari sesiapa yang telah dibebaskan dari apa juga bentuk tahanan. Apa perlu terima kasih itu kalau tidak datang dari hati yang ikhlas? Lebih baik tidak berterima kasih. Dan tidak perlu juga beritahu tidak mahu beri terima kasih.

Semasa dalam tahanan, Uthayakumar membiarkan dirinya tidak terurus dengan sengaja sebagai protes terhadap ISA.

Kita nak hairan apa Thailand pun dah bersedia nak guna ISA cara mereka. Ada tengok berita ke?

Bagi aku la penyemak paria ni tak perlu ada kat Malaysia kita, malah banyak mengacau bilau saja. Aku menyokong kalau kerajaan lucut saja kerakyaan paria2 ni. Tak ada sudahnya bagi peluang kepada paria2 ni yang tak pernah kenang budi.

Kepada Dewan Rakyat kalau dah bersidang nanti usulkan perkara ni mana2 rakyat Malaysia yang mengutuk negara Malaysia tidak kira dalam Malaysia mahupun kat luarnegara hapuskan saja kerakyatan Malaysia. Kita tengok setakat mana patriotik rakyat kepada negara.

Kita rakyat pelbagai bangsa tidak suka manusia yang berperangai macam hindu ni kurang ajar namanya. Cuba kita tengok ketika prk Bukit Selambau walaupun kutukan Kalaivanar dan ketidak kepercayaannya kepada PKR nak menolong India Malaysia tapi apa kesudahannya. Kalau dah paria tu memang paria lah diaorang.

Lagi ada yang bengong nak masuk mereka dalam MIC apa kejadahnya namanya ni. Cukup2 la wahai MIC cari jalan yang lebih baik la jangan dok jadi bengong lagi dan ditambah PPP tidak ada punca nak lucut jawatan orang yang buat kerja demi politik kepada Presiden mereka.

Kepada kerajaan jangan ikut telunjuk hindu2 ni, kerja untuk rakyat yang mahu perubahan.


1 Malaysia

Penyokong Blogger Pembela Negara

Friday, May 1, 2009

Superpower Police.....




Biasa tengok ke polis cam ni kat Malaysia...hahaha

Beautiful natures.





Saturday, April 18, 2009

Resolusi BPN 6/2009


Resolusi 6/2009 : Video Palsu Mencemarkan imej Perdana Menteri Malaysia Oleh Pembangkang

1. BPN merasa sangat kecewa, sedih dan marah dengan tindakan seorang bergelar Malaysianews yang telah membuat video klip menghina Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Najib Tun Razak.

2. Ini kerana jelas ucapan yang diubah dan dicantum menzahirkan satu gambaran palsu yang berbeza sama sekali dengan ucapan sebenar YAB PM dan boleh menimbulkan keresahan berpanjangan rakyat yang pasti akan marah dengan tindakan tersebut.

2. BPN merasakan perbuatan ini sangat kotor, jijik dan tidak berbudi pekerti yang mulia kerana ia melibatkan maruah seorang Ketua Kerajaan bagi negara Malaysia.

3. Perbuatan sebegini perlu dihentikan dengan segera sebelum ia merebak atau menjadi perbalahan antara ahli parti politik pro atau anti kerajaan demi memastikan keamanan dan ketenangan rakyat Malaysia berkekalan sampai bila bila.

4. BPN mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan keras terhadap individu yang terlibat mencipta atau menyebarkannya, untuk menjadi pengajaran dan iktibar agar tidak lagi berulang pada masa masa akan datang.


Video tersebut ada di bawah ini ( link asal klik sini ):

Sunday, March 22, 2009

Perhimpunan Pribumi Perkasa

Hayati lah wahai orangorang Melayu.....


Ucapan Tun Dr. Mahathir Di Perhimpunan Dan Sidang kemuncak Pribumi Perkasa Negara

1. Terlebih dahulu saya ucap terima kasih kepada penganjur perhimpunan ini kerana menjemput saya dan memberi peluang kepada saya untuk berucap kepada hadirin.

2. Saya yakin ramai daripada kita yang hadir, terutamanya orang Melayu dan bumiputra lain, hadir kerana kita berasa kita berada dalam keadaan cemas, keadaan yang merbahaya, keadaan terancam.

3. Kenapa tidak? Kita kini diserang berkali-kali oleh berbagai pihak.

4. Ramai daripada orang lain berkata Melayu adalah kaum pendatang.

5. Melayu mengamalkan apartheid ala kulit putih Afrika Selatan.

6. Melayu tidak adil, suka menidakkan hak kaum-kaum lain.

7. Melayu sudah cukup kaya dan tidak perlu dasar Ekonomi Baru lagi.

8. Semua peluang perniagaan dan pelajaran diberi hanya kepada orang Melayu.

9. Kuasa politik dibolot oleh orang Melayu dan lain-lain.

10. Berhadapan dengan tuduhan dan tohmahan ini Melayu sekarang tidak boleh mempertahankan diri, bahkan tidak boleh bercakap berkenaan dengan bangsa mereka tanpa dituduh sebagai racist. Malays harus terima sahaja semua tuduhan/tohmahan ini dan berdiam diri atau bersetuju sahaja. Mereka juga boleh tambah tokok kepada kecaman ini dan mereka ini akan dianggap liberal dan disanjung tinggi oleh orang lain. Sebenarnya orang Melayu sekarang berada dalam ketakutan, tidak mempunyai pemimpin yang sanggup pertahankan mereka. Sebaliknya pemimpin mereka mengerohkan lagi keadaan dengan memohon maaf walaupun kesalahan dilaku oleh orang lain.

11. Demikianlah situasi yang mereka hadapi sehingga mereka berasa mereka bersalah, tergamam dan tak dapat berkata apa-apa.

12. Keadaan hari ini lebih merbahaya daripada keadaan semasa British merancang untuk menakluk negeri-negeri Melayu dengan perancangan Malayan Union. Pada masa itu kita boleh cakap berkenaan Melayu dan tidak ada sesiapa yang akan tuduh kita sebagai racist. British pun tidak panggil kita racist. Mereka akui memang pun hak orang Melayu menuntut negeri-negeri Melayu sebagai hak orang Melayu. Semua perjanjian berkenaan dengan negeri-negeri di semenanjung mesti dibuat dengan Raja-Raja Melayu. Tidak ada siapa dari kaum laim yang berhak membuat apa-apa perjanjian.


13. Sekarang orang Melayu tidak pun boleh berkata negeri ini negeri Melayu, tidak boleh sebut negeri ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Negeri Jepun boleh dikatakan negeri orang Jepun, negeri Korea – negeri orang Korea, negeri China – negeri orang Cina, negeri India – negeri orang India. Tetapi negeri Melayu – bukan negeri orang Melayu. Dahulu mungkin. Tetapi tidak sekarang. Sekarang Malaysia, hak orang Malaysia dan bukan hak orang Melayu saja. Kesanggupan dan kerelaan orang Melayu berkongsi milik negara ini tidak sedikit pun dihargai. Pemberian satu juta kerakyatan oleh Tunku Abdul Rahman Putra kepada kaum lain tidak dihargai bahkan tidak diingati, dilupakan dengan begitu sahaja.


14. Orang Melayu dikatakan kaum pendatang di negaranya sendiri. Dan kaum pendatang lain tidak boleh dipanggil kaum pendatang. Jika sesiapa berbuat demikian, mereka mesti minta maaf. Tidak perlu sesiapa minta maaf jika berkata Melayu kaum pendatang.

15. Namun saya memberanikan diri untuk bercakap sedikit berkenaan orang Melayu di Malaysia walaupun akan dituduh sebagai racist. Saya beranikan diri kerana sesungguhnya orang Melayu berada dalam keadaan cemas, dilanda oleh bermacam-macam masalah dan ancaman. Jika orang Melayu tidak dibenar bercakap berkenaan masalah mereka, maka mereka mungkin jadi kaum yang terlucut hak (dispossessed) di negara mereka sendiri. Bahaya ini benar kerana kita sudah lihat tekanan dan kehinaan terhadap bangsa kita apabila mereka dijadikan bangsa minoriti di wilayah yang dahulu adalah sebahagian daripada negeri-negeri Melayu.

16. Keadaan ini boleh berlaku kepada orang Melayu bukan sahaja kerana orang lain tetapi kerana orang Melayu sendiri. Mereka suka membinasakan diri mereka.

17. Mereka tidak mahu merebut peluang yang disedia bagi mereka. Tempat di universiti tidak diambil. Peluang perniagaan diselewengkan. Belia Melayu tidak ingin belajar, lebih berminat dengan melepak atau jadi Mat Rempit.

18. Majoriti daripada rakyat Malaysia yang terlibat dengan dadah terdiri daripada orang Melayu, yang mendapat penyakit HIV Aids kebanyakan adalah Melayu, kes rogol dan jenayah lain juga ramai orang Melayu.

19. Yang gagal dalam perniagaan juga Melayu, tidak bayar hutang Melayu, tak selesaikan kontrak juga Melayu.

20. Gejala jualan AP pun melibatkan Melayu.

21. Kita tak suka dengar semua ini. Kita malu. Tetapi jika tidak disuarakan masalah tidak akan hilang dengan sendirinya. Orang lain tahu juga. Lebih baik malu jika kita dapat sedarkan beberapa kerat daripada kita dan mereka mengubah tabiat supaya tidak melakukan yang salah lagi.. Tak mungkin kita dapat sedarkan semua.
22. Dasar Ekonomi Baru dibentuk supaya dalam jangkamasa 20 tahun kita akan dapat bahagian kita sebanyak 30%. Tetapi sekarang sudah hampir 40 tahun. 20% yang dikatakan kita dapat pun dapat kerana badan-badan yang mewakili Melayu, bukan orang Melayu sendiri. Kita hendak supaya DEB diteruskan. Apa gunanya jika kita tidak mahu guna peluang yang diwujudkan? Apakah kita mahu DEB kerana nak jual AP, kontrak, lesen dan sebagainya? Lebih baik DEB tidak diteruskan dan kita tidak dapat selewengkannya. Sekurang-kurangnya kita tak akan malu kerana pelbagai ejekan yang akan dibuat kepada kita.

23. Kita bernasib baik kerana dalam bidang politk kita cekap, kita kuat, kita dapat menguasai Kerajaan selama 50 tahun. Walaupun Melayu berpecah kepada beberapa parti, bermusuh sesama sendiri, tetapi majoriti Melayu masih dapat kekalkan kuasa mereka. Mereka dihormati dan disegani.

24. Tetapi itu pun sudah terlepas daripada genggaman kita. Sekarang kita tidak kuat lagi. Parti Melayu yang terkenal sudah kalah dalam Pilihanraya Umum ke-12. Parti Melayu yang menangpun berada dalam ketakutan jika parti rakan mereka menolak mereka. Sekarang orang tidak lagi hormat kita. Apa sahaja yang dituntut orang lain, baik yang menang, baik yang kalah akan kita layan. Kita yang perlu hormati orang lain. Tersilap sikit kita minta maaf bagi pihak semua bangsa Melayu.

25. Sesungguhnya pemimpin kita yang perjuangkan kemerdekaan, yang menebus maruah kita sudah kita khianati. Mereka berjuang bermati-matian supaya kita hidup bahagia. Mereka korbankan apa sahaja yang ada pada mereka. Pemimpin Melayu hari ini, pengikut –pengikut mereka tidak tahu mengenang budi. Mereka khianati pejuang-pejuang dahulu dengan melupakan perjuangan asal kerana utamakan kepentingan diri sendiri. Biar bangsa hancur asalkan dapat kemenangan bagi diri sendiri, dapat jadi Menteri, Perdana Menteri, dapat kontrak, dapat duit.

26. Kononnya nak jadi Perdana Menteri termuda. Bukan nak majukan bangsa dan negara, hanya jawatan tertinggi untuk diri sendiri seawal mungkin. Dengan apa cara sekalipun, halal atau haram, tak mengapa asalkan boleh jadi Perdana Menteri termuda.

27. Jika kita sudah sanggup jual bangsa kita, kita jual untuk dapat duit sedikit, untuk jawatan kecil dan besar, untuk isi temolok kita, alamatnya apa? Yang dikejar tidak akan dapat, yang dikilik akan berciciran. Lepas itu kita tidak ada apa-apa yang boleh diraih lagi. Semuanya akan dikuasai orang. Pada masa itu kita jadi hamba sahaja, kita akan meminta-minta sepanjang masa.

28. Ada pula yang dibawah bertanya, orang yang mereka sokong dapat jadi Perdana Menteri, Menteri, Menteri Besar – dapat kereta, dipanggil Yang Berhormat, elaun besar, terbang sana, terbang sini.

29. Kita dapat apa? Duduk di takuk tu juga. Lebih baik kita ambil sedikit bagi diri kita, sementara ada peluang.

30. Salahkah kalau kita terima duit sedikit? Mungkin kita tidak undi orang yang menyogok. Dia bukan tahu. Tetapi Tuhan tahu. Kamu membuat sesuatu yang haram. Kamu bukan sahaja jual bangsa. Kamu menolak agama kamu yang melarang, yang mengharamkan perbuatan kamu. Kamu berdosa.

31. Tapi tak mengapa. Masih muda, tak akan mati lagi. Bila dekat nak mati pakai kopiah putih dan sembahyang kuat-kuat.

32. Tetapi yang haram, haram juga. Kalau makan daging babi haram, makan duit rasuah lebih haram, kerana ia akan binasakan bukan kita sahaja, tetapi kaum bangsa kita yang semuanya beragama Islam.

33. Pengundi salah, samada undi penyogok atau tidak. Salah kerana sudah terima jenayah rasuah sebagai budaya kamu. Apabila rasuah dibudayakan, percayalah bangsa dan negara mungkin dijajah oleh penyogok secara langsung atau tidak langsung. Bangsa akan dihina oleh dunia, akan dipandang rendah, akan dipermainkan orang. Akhirnya yang makan suap, mereka sendiri akan jadi mangsa, mereka sendiri akan terpaksa hulur untuk mendapat apa yang sebenarnya hak mereka. Inilah nasib bangsa yang menjadikan rasuah sebagai budaya biasa.

34. Sesungguhnya Melayu mudah lupa. Kita lupa betapa kita dijajah dahulu, kita terpaksa panggil tuan orang yang menjajah kita, orang yang menghina kita. Tak boleh cakap berkenaan ketuanan Melayu. Kamu jadi hamba dahulu, bukan Tuan, layak hanya untuk tanam padi, tangkap ikan, jadi kuli orang, bawa kereta orang, tukang masak orang.

35. Selama 450 tahun kita dijajah, hidup sebagai hamba, dianggap tidak layak mentadbir negara sendiri, tidak layak merdeka.

36. Kita terpaksa letak diri kita dibawah naungan negara-negara jiran yang lebih kuat.

37. Tiap tahun kita usung bunga emas dan perak untuk dipersembahkan kepada negara penaung-penaung kita.

38. Kadang-kadang Raja kita pun pergi bersama, untuk membukti kesetiaan diri dan negeri kepada negara penanung.

39. Kata orang Kedah “Terkerempun-kerempun” apabila berhadapan dengan orang asing. Mungkin ramai yang tidak faham. Tanyalah orang Kedah. Itulah “body language” kita dahulu walaupun hari ini ada juga, tetapi pada Raja yang tak bertakhta.

40. Saya biasa lihat seorang orang tua Melayu berbasikal di tendang jatuh oleh askar Siam semasa Kedah diberi kepada Siam oleh Jepun. Kesalahan orang tua ini ialah kerana tidak berhenti dan menghormati lagu kebangsaan Siam.

41. Saya biasa lihat orang Melayu ditempeleng dan disuruh panjat pohon kelapa seperti kera oleh Jepun. Inilah nasib orang yang tidak merdeka, tidak memerintah negara sendiri. Boleh ditendang, boleh ditempeleng.

42. Dan yang lihat diam sahaja, tak dapat buat apa-apa, termasuk saya. Dalam kehinaan ini muncul kesedaran dan semangat untuk menebus balik maruah bangsa. Dan bergabunglah orang Melayu untuk menangkis rancangan Malayan Union British, untuk mengekalkan perhambaan orang Melayu. Tidak siapa yang bertanya “apa yang saya akan dapat bagi diri saya” pada ketika itu. Yang kita tumpukan ialah untuk membebaskan bangsa dan negara daripada dijajah dan dihina. Kalau dalam proses ini kita terkorban, atau kita berada seperti biasa, itu tidak mengapa. Yang kita utamakan ialah maruah bangsa kita, tidak lagi akan ditendang, tidak lagi akan ditempeleng – tetapi akan dihormati oleh kawan dan lawan.

43. Sekarang kita merdeka. Perjuangan pengasas negara telah berjaya. Kita tidak akan ditendang dan ditempeleng lagi. Kita bebas daripada kehinaan. Memang pun keadaan terhormat ini sudah menjadi perkara biasa bagi kita. Bagi ramai dari kita ia datang bergolek. Ia datang melayang. Ia tidak akan dipisah dari kita.

44. Perjuangan orang dahulu adalah perkara lama, tidak perlu diingati. Yang jelas kita sudah merdeka, dapat pelajaran dan kaya sedikit. Soal tendang, tempeleng, itu cerita lama. Pepatah Melayu berkata sekali merdeka, selama-lamanya merdeka. Apa pun kita buat merdeka tetap merdeka. Sekarang ialah masa untuk kita “enjoy”. Kita kecap sepenuhnya nikmat yang ada pada kita.

45. Apa dianya semangat ke-Melayuan? Apa relevannya? Bukankah kita sudah berjaya? Hendak semangat buat apa lagi? Masuk parti untuk apa? Perjuangan sudah selesai dengan jayanya.

46. Tidak bermakna masuk parti jika tidak dapat sesuatu bagi diri sendiri. Kita sokong orang dapat jadi Yang Berhormat, jadi Menteri, dapat peluang raih duit kerajaan dan lain-lain. Kita tak bolehkah dapat sikit bagi diri kita?

47. Tetapi benarkah kita akan merdeka selama-lamanya? Memang benar. Walaupun kita tidak buat apa-apa untuk mengekalkan kemerdekaan, bukankah sudah 50 tahun kita merdeka? Apa yang hendak dikhuatirkan? Lima puluh tahun, 100 tahun lagi pun kita akan merdeka walau apa pun kita lakukan. Takkanlah kerana kita ambil 100 Ringgit duit sogokan maka akan hilanglah kemerdekaan kita? Kita boleh sembahyang hajat dan terima 100 Ringgit lagi. Orang lain terima lebih daripada kita., katanya satu juta. Masih kita merdeka. Tidak benar kerana sedikit rasuah kemerdekaan akan hilang.

48. Tetapi ingatlah penjajahan tidak selalu berbentuk penaklukan secara langsung. Penjajahan boleh berlaku walaupun kita miliki pemerintahan sendiri. Ia boleh berlaku apabila pemerintah kita yang dipilih dan diberi kuasa oleh kita sudah menjual diri mereka kepada orang lain, samada dari dalam negeri atau dari luar. Atau takut jiran marah.

49. Pemerintah yang mengikut telunjuk orang lain bukan bebas lagi. Pemerintah yang menjadi pemerintah melalui rasuah akan benar diri mereka disogok kerana perlu mendapat kewangan yang cukup untuk membeli sokongan lagi supaya kedudukan mereka sebagai pemerintah akan kekal.

50. Untuk mendapat sogokan yang cukup mereka akan sanggup ikut arahan penyogok. Dengan perkataan lain mereka akan jadi alat pada penyogok.

51. Kepentingan penyogok tidak sama dengan kepentingan kita, atau kepentingan bangsa dan negara.

52. Kita sudah lihat hanya kerana hendak kekal sebagai pemerintah, ada yang sanggup layan apa sahaja arahan, tuntutan, desakan oleh pihak yang menentukan jawatan bagi kita. Kalau pun apa yang dituntut merugikan orang Melayu, itu tidak mengapa asalkan kita dapat jawatan, walaupun sebagai “figurehead”, patung sahaja, tidak berkuasa pun.

53. Jika kita terjemah keadaan ini kepada jawatan yang didapati kerana disogok apakah yang tidak sanggup kita buat? Jual bangsa, jual negara pun kita sanggup.

54. Apabila kita sudah jual bangsa dan negara apakah kita merdeka lagi? Sudah tentu tidak.

55. Justeru itu tidak benar kepercayaan kita bahawa sekali merdeka selama-lamanya merdeka. Pada permukaannya kita merdeka tetapi pada hakikatnya kita sudah kembali dijajah. Apabila kita kembali dijajah maka kita sudah khianati pejuang-pejuang kemerdekaan kita dahulu.

56. Itulah kenyataan yang sebenar.

57. Melayu mudah lupa. Kata seorang ahli falsafah; “Mereka yang lupa akan sejarah mereka akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali”.

58. Inilah hasil daripada mudah lupa. Kita lupa bahkan kita tidak suka diperingati akan sejarah kita. Apa kena-mengena peristiwa 50 tahun dahulu? Apa kena-mengena dengan kita akan kemiskinan Melayu, dengan kedaifan mereka dalam bidang ilmu dan profesyen di masa dahulu? Itu dahulu, ini sekarang. Sudah tentu sejarah penjajahan kita dahulu tidak ada kena mengena dengan keadaan kita sekarang. Tidak ada pelajaran yang akan kita dapati daripada sejarah 100, 500 tahun dahulu. Itu semua cerita dongeng.

59. Apa yang kita lakukan sekarang, kita lakukan kerana kita sudah merdeka dan selamat. Buatlah apa pun kita tetap selamat, tetap merdeka.

60. Jadi penagih dadah, jadi pelepak, jadi “Mat Rempit”, jadi penjenayah pun tak mengapa.

61. Bukankah kita yang memilih dan membentuk Kerajaan? Kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap kita. Jika kerana amalan buruk kita, sesuatu yang tidak baik menimpa kita, bukankah menjadi tanggungjawab Kerajaan pilihan kita untuk menyelamatkan kita?

62. Jika kita diserang orang bukankah menjadi tanggungjawab Kerajaan yang kita pilih untuk menangkis serangan ini?

63. Jika kerana Kerajaan yang kita pilih terdiri daripada orang yang sogok duit pada kita dan mereka pula disogok oleh orang lain dan mereka berasa lebih terikat kepada yang menyogok mereka dan kurang bertanggungjawab kepada kita kerana sokongan kita mereka dapati kerana kita terima sogokan, apakah yang dapat kita buat? Tak banyak. Hanya menerima sahaja.

64. Akan menjadi lebih buruklah nasib kita sepanjang masa.

65. Hakikat yang sebenar ialah sokongan kita, undi kita yang kita jual tidak lagi mengikat mereka yang kita pilih untuk jadi Kerajaan.

66. Mereka akan anggap balasan kepada sokongan kita sudah pun dibuat melalui wang sogokan daripada mereka.

67. Sesungguhnya nasib kita ada di tangan kita. Jika nasib ini tidak baik kitalah yang harus berusaha untuk memperbaikinya. Ingatlah, Tuhan telah berfirman yang Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubah nasibnya.

68. Apakah kita sedang berusaha untuk memperbaiki nasib kita? Tidak ternampak satu pun usaha ke arah ini. Yang kita lihat ialah perbuatan merosakkan lagi keadaan nasib yang sudah buruk ini.

69. Kita tahu yang kita lakukan bukan untuk memperbaiki keadaan. Tetapi kita lakukan juga untuk kepentingan semasa kita. Masa depan soal lain.

70. Pejuang-pejuang kemerdekaan telah pilih demokrasi sebagai cara kita memerintah. Kenapa?

71. Sebabnya ialah kerana mereka percaya majoriti daripada rakyat tentulah bijak dalam amalan mereka, tentulah tahu antara yang baik dengan yang buruk, tentulah bijak semasa membuat pilihan.

72. Pengasas kemerdekaan percaya majorti akan tahu pilih apa yang baik bagi mereka. Sudah tentu mereka akan menolak orang yang hanya bergantung kepada sogokan untuk dipilih.

73. Tetapi mereka tidak sangka pewaris mereka, sebilangan yang tidak kecil akan tolak kebaikan dan mengutamakan sogokan untuk menentukan siapa akan memerintah mereka.

74. Pejuang kemerdekaan yang sedar betapa sukarnya bagi orang Melayu mendapat peluang dan bantuan dahulu dan dengan kerana itu Melayu tidak berjaya.

75. Dengan kesedaran ini mereka merangka untuk mengadakan lebih banyak peluang dan sokongan kepada bangsa mereka supaya bangsa mereka boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum-kaum lain, bahkan dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Mereka percaya semua peluang dan sokongan akan direbut oleh pewaris daripada bangsa mereka.

76. Ya, mereka ini kebanyakan sudah tidak ada, sudah tinggal kita. Tetapi jika mereka ada apakah perasaan mereka? Tentulah mereka akan kecewa dan hampa amat sangat kerana segala-gala yang mereka ilhamkan sudah dipermainkan oleh pewaris mereka, tidak dihargai oleh pewaris mereka.

77. Mereka melihat bagaimana peluang dan bantuan disalahgunakan atau ditolak dengan begitu sahaja. Sepatutnya dengan peluang belajar di semua peringkat bangsa mereka sudah jadi bangsa yang berilmu. Dengan peluang berniaga mereka sudah jadi kaya, atau sekurang-kurangnya tidak miskin.

78. Tetapi tidak. Peluang bukan sahaja tidak direbut tetapi peluang digunakan secara yang boleh merosakkan bangsa. Mereka lepak, mereka jadi Mat Rempit, yang lakukan jenayah yang kadang-kadang menyebabkan kematian mangsa mereka.

79. Diberi peluang berniaga, diberi modal, diberi latihan tetapi kerana ingin kaya cepat mereka memperdagangkan peluang, kontrak, lesen, permit dan sebagainya.

80. Modal mereka guna untuk belanja bagi memenuhi nafsu, hutang mereka tidak dibayar. Kerana kelakuan beberapa daripada mereka, bangsa mereka dicap sebagai bangsa yang tidak beramanah, dan tidak boleh dilayan, tidak boleh diharap dengan duit ringgit.

81. Dan banyaklah lagi perbuatan mereka yang tetap mengecewakan pejuang bangsa dahulu.

82. Kata mereka, jangan buka pekong di dada.

83. Malu kata mereka.

84. Tetapi tidakkah lebih malu apabila mereka lakukan apa yang telah saya sebutkan. Tak buka pekong pun busuk juga. Biarlah pekong di dada dibuka supaya kerana bau terlalu busuk kita akan cuba melepaskan diri daripadanya. Jika tidak ia akan menjadi lebih busuk di dalam dan akan bunuh kita.

85. Semua yang disebut ini menjadi pengkhianatan kepada pejuang bangsa dahulu. Kerosakan kerana ini lambat laun akan merosakkan masa depan kita.
86. Tetapi yang terdahsyat diantara amalan buruk kita ialah rasuah, terutama rasuah politik. Politiklah yang dapat memberi kuasa walaupun pada yang lemah dan miskin. Politik kita sewaktu perjuangan untuk kemerdekaan berjaya memberi kekuatan kepada Melayu sehingga mereka yang daif ini dapat mengalahkan kuasa besar dunia. Hanya dengan bersatu dan bertindak bersama, hanya dengan pendirian yang tegas kelemahan dapat diatasi dan kejayaan dicapai. Sesungguhnya kuasa politik kuasa ajaib.

87. Selagi ada kuasa ini kepada kita, percayalah kita akan dapat pulih segala-galanya, kita akan dapat mengatasi kelemahan kita, kita akan dapat tentukan masa depan kita.

88. Tidakkah kita lihat bagaimana daripada bangsa yang dijajah dan dihina, kuasa politik sudah mengubah nasib kita demikian sehingga kita dianggap sebagai contoh kepada bangsa-bangsa lain di dunia.

89. Bandingkan negara kita 50 tahun dahulu di waktu kita mencapai kemerdekaan dan negara kita sekarang. Negara dagang yang ke-17 terbesar di dunia. Kemiskinan dikurangkan daripada 70 peratus kepada lima peratus. Bandar sebesar bandar di negara maju, penuh dengan pencakar langit. Bekalan air, api dan kenderaan yang terkini.

90. Pendapatan per kapita yang 20 kali lebih tinggi dari 50 tahun dahulu dan lain-lain.

91. Semua ini adalah hasil kuasa politik semata-mata. Kerana kuasa politik, negara berbilang kaum, ugama, budaya dan bahasa dapat distabilkan. Dan sesungguhnya kita sudah dapat berdiri hampir sama tinggi dengan kaum-kaum lain dan bangsa-bangsa lain.

92. Tetapi sekarang kita lakukan perbuatan untuk menghakis dan menghapus kuasa politik kita.

93. Kerana wang yang sedikit, kerana 100-200 Ringgit kita jual kuasa politik, kita serah nasib kita kepada perasuah, perasuah yang akan jual bangsa dan negara.

94. Apakah akan jadi kepada kita apabila kuasa politik terlucut daripada kita? Apakah kita akan terus merdeka? Saya fikir tidak.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

95. Perhimpunan Melayu hari ini memang menjadi hak bagi kita kerana kita menghadapi masalah-masalah yang besar-besar, bukan satu tetapi banyak masalah.

96. Kita semua berasa cemas. Di mana-mana sahaja orang Melayu sedang berhimpun untuk membincang masalah mereka, kecemasan yang mereka rasai.

97. Jika pada hari ini kita dapat menyedarkan akan musibah yang sedang dan akan timpa keatas kita, jika kesedaran ini akan menyebabkan kita bertindak keras terhadap mereka diantara kita yang mencetuskan masalah ini, jika kita dapat bandingkan gejala rasuah yang menjadi ancaman terhadap kita yang terbesar sekali, maka ralatlah perhimpunan ini, berjayalah perhimpunan ini.

98. Saya tak salahkan orang lain. Saya salahkan kita sendiri. Tak mungkin orang lain menguasai kita jika kita tegas dan tidak membenarkan mereka.

99. Maju mundurnya bangsa kita terpulanglah kepada kita. Ingatlah Tuhan tidak akan ubah nasib kita melainkan kita berusaha mengubah nasib kita sendiri.

100. Oleh itu berusahalah mengubah nasib diri sendiri setelah kita berhimpun di sini untuk membincang masalah yang kita hadapi. Saya percaya perbincangan kita akan membuahkan pemikiran dan tindakan yang boleh menyelamatkan kita.

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Te