Musnahkan pengkhianat Negara

Musnahkan pengkhianat Negara

Wednesday, May 23, 2012

macam nak perang ni

on the way balik rumah melalui Padang Serai masuk ke Terat Batu fuhh tengok bestnya macam  nak perang pilihanraya PRU 13.


cam minggu depan nak mengundi 


Bersemangat nya bila PRU 13 nak umum ni ......

Thursday, February 4, 2010

Jom pi Komtar

Tadi semasa aku nak pi kerja ketika nak bayar duit minyak aku ternampak kertas yang tertera "SEDAQ" aku pun ambil le satu tapi belum baca lagi sampai tempat kerja baru aku baca waaaa ini cukup best untuk di war-warkan.




TUJUAN PERHIMPUNAN:-

1. Menyedarkan Kerajaan P. Pinang bahawa orang melayu tahu dan peka mereka telah menindas penjaja malah rakyat melayu P. Pinang.

2. Membangkit semangat orang melayu dalam membela bangsanya.

3. Menyatukan orang yang kini telah berpecah disebabkan politik sempit dan berkumpul untuk satu perhimpunan raksasa.

4. Membuktikankan orang melayu pasti akan bersatu.

Malah bantuan pengangkutan disediakan pihak penganjur disetiap pelusuk negeri sebanyak 10 bas dengan setiap satu bas terbahagi kepada beberapa kawasan.

Harapan perhimpunan ini akan jadi satu sejarah di P. pinang

Friday, January 29, 2010

aku memang tunggu isu ni..........

Jumaat 29/01/2010

Aku sudah menungu lama isu Kalimah ALLAH ini keluar dari mulut seorang Ustaz ini. Maka hari ini aku sudah berpuashati apa yang disampaikan ketika Khutbah jumaat. Beliau ialah bekas ketua pemuda PAS P.Pinang dan sekarang dia tidak lagi bermain politik malah beliau sudah menubuhkan badan bukan kerajaan(NGO). Beliau yang aku maksudkan ialah Hafiz Nordin yang satu ketika kita dapat melihatnya dalan kaca tv dimana beliau membuat demo isu kalimah ALLAH di P.Pinang tempohari termasuk Pemuda UMNO pada hari yang sama.


1. Dengan lafaz bismillah dibacanya ayat al-ikhlas ini dengan dengan maknanya sekali iaitu;
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
beliau begitu marah sekali dimana kalimah ini diberi restu kepada si kafir untuk menggunakan kalimah ini.

2. Bab agama semawi ini yang paling menarik untuk didengar kerana agama dari langit bukanlah apa yang dimaksudkan oleh sesetengah pihak yang mengatakan agama kristian dari langit adalah salah kerana ALLAH menurunkan agama Islam sahaja. Sambil nada keras beliau mengesyorkan mereka yang mengatakan kristian ini agama dari langit perlu beristifar kerana ini menyebabkan kita menyekutu kepadaNya. Beliau juga mengatakan golongan yang menyokong isu ini terdapat dalam mana-mana parti politik termasuk MP Pas yang kita sedia maklum. Dengan dengus dengan rasa kecewa ia mengeluarkan kata .........bahaya.....

Teringat juga aku dimana TGNA mengatakan agama samawi ini berhak menggunakankan kalimah ALLAH ini. Tetapi ini adalah salah .........................

Saturday, January 9, 2010

Ni kat Zoo Taiping









Makan angin sekejap....................muzium Taiping















Resolusi BPN 1/2010


Blogger Pembela Negara ( BPN ) bersama-sama dengan Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Abd Razak di dalam mengutuk tindakan membakar 3 buah gereja yang telah dilaporkan berlaku awal pagi tadi. Ia terjadi sebelum demonstrasi membantah nama Allah kepada Gereja Katolik berlangsung di Masjid Negara, Masjid Kg Baru dan Masjid Negeri Shah Alam hari ini.

Perbuatan membakar rumah ibadat bercanggah dengan ajaran Islam dan semua pihak tidak patut menyokong tindakan tersebut kerana ia boleh mengancam keselamatan dan menghakis kedamaian yang kita nikmati sekarang ini.

Ketegasan Perdana Menteri di dalam mengutuk perbuatan tidak bermoral tersebut adalah bukti beliau benar benar mengamalkan tuntutan agama di dalam memelihara keamanan dan menjaga keselamatan rakyat tanpa mengira kaum, agama atau bangsa. Selaras dengan tuntutan Islam yang meminta umatnya menjaga rakyat yang dipimpin dengan adil dan saksama.

Pihak berkuasa perlu menyiasat dengan segera tindakan membakar gereja yang sangat berbahaya kepada perpaduan di negara kita. Apatah lagi jika ia didalangi pihak tertentu khasnya parti politik yang sememangnya ingin menjadikan negara kita di dalam suasana huru hara selepas mereka sudah tidak mampu lagi membawa isu isu yang lain bagi mendapatkan sokongan rakyat.

Atau ia boleh jadi satu cubaan jahat bagi memburukkan Islam selepas isu penggunaan nama Allah ditentang hebat oleh kita semua !

Insiden pergaduhan membabitkan agama di beberapa negara luar seharusnya sudah cukup menjadi panduan kepada kita semua betapa bahaya jika persengketaan berdasarkan agama ini berlaku di negara kita. Kita perlu berganding bahu memadamkan segera benih permusuhan yang timbul agar ia tidak memudaratkan semua pihak.

Meskipun kita membantah tindakan Gereja Katolik memohon penggunaan nama Allah di Mahkamah Tinggi tetapi mana-mana orang Islam kita tidak sepatutnya membuat tindakan yang bertentangan dengan undang-undang. Kerana kedaulatan undang-undang adalah asas kepada kestabilan sesebuah negara termasuk Malaysia. Bahkan agama kita tidak mengajar membakar rumah ibadat agama lain.

Keselamatan adalah harta pusaka yang akan kita tinggalkan sebagai warisan anak cucu dan janganlah tangan kita yang memusnahkan pusaka tersebut yang sudah dijaga dengan baik oleh datuk nenek kita terdahulu.

Marilah kita mengutuk tindakan membakar gereja tersebut dan bersama membantu menjaga keamanan agar ia berkekalan hari ini dan untuk selama-lamanya...


Yang benar,

YDP Blogger Pembela Negara

Berjuanglah demi bangsa, negara dan agama.
Bersatu kita, demi umat, berjuanglah kita atas nama Agama dan negara malah martabatkan akidah kita.

Tuesday, November 17, 2009

PRK...............?




Speaker DUN Kedah puas hati

ALOR SETAR 16 Nov. - Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berpuas hati dengan keputusan mahkamah hari ini yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh kosong.

Abdul Isa berkata, beliau yakin mahkamah telah membuat keputusan tepat dan terbaik bagi penduduk kawasan tersebut.

''Ini bukan soal gembira atau tidak, ini soal pelaksanaan undang-undang.

''Keputusan ini telah memihak kepada kami dan mahkamah telah membuat keputusan berdasarkan fakta dan hujah-hujah yang telah diberikan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Seterusnya...klik

P/S: Haaa UMNO kedah tunggu apa lagi turun padang la jangan dok nganga lagi bantu apa yang patut jangan tunggu SPR nak umum baru kelamkabut nak jumpa rakyat bawah, masa la nak pi pujuk rakyat bila dah nak umum baru terketaq nak pi jumpa rakyat dah tak guna. Jadikan Kota Seputeh menaikan kembali moral orang UMNO dalam negeri Kedah.



Aku penyokong Kedah 100%

Hujan lagi Sungai Petani

Hari ini aku naik bukit nak ambil gambar Bandar Sungai Petani guna C510 tapi cuaca tidak mengizinkan masih hujan lagi.










Thursday, November 12, 2009

Utara masih mendung





Cuaca masih macam ni juga...............nak banjir lagi ni...

Sunday, November 1, 2009

Jangan dihina dikemudian hari......

Hari ini perjalanan politik negara kita masih keadaan penat, masih terkial-kial, tidak menentu dan jauh menyimpang dari asalnya.

Bagi aku yang masih tidak faham mencari nilai-nilai murni dalam politik terasa tidak tentu arah dalam menghitung hari apakah nasib kita orang-orang melayu dalam berpolitik.

Hari ingin aku bercakap kepada mereka yang akalnya waras, cerdik dan dalam bahasa canggihnya genius meletakkan politik melayu di tahap mana? Bagi aku sepatutnya bangsa kita (melayu) harus berjuang seperti pahlawan yang dulu-dulu. Berjuang demi bangsanya agamanya dan tanahairnya.

Semenjak PRU12 aku amat kecewa sekali, seperti aku ditumbuk oleh bangsa asing, walaupun parti-parti ini (PR) mengaku untuk menjaga kita khasnya orang-orang melayu, tetapi mereka tidak berjaya membawa apa-apa untuk kita. Kenapa kita sesama insan lebih-lebih lagi pada masa ini sanggup melupakan adat dan budaya orang Melayu dan Islam semata-mata mahu mencari undi? Berbaloikah dengan maki hamun kerana ketamakan dan kerakusan bagaikan manusia hilang ingatan hanya disebabkan undi?

Dengan sikap ego mereka, masih tidak berubah selain fitnah lagi banyak ditaburkan kepada pemimpin negara. Apa salah jika kita bergabung dalam penyatuan melayu dalam parti UMNO. Tiada rugi walaupun sejarah dulu terkena kepada PAS, lupakan sengketa itu jadikan generasi baru kita untuk bersatu.

UMNO boleh melupakan MIC & MCA tetapi kepada PAS apakah kamu boleh lupakan DAP & PKR? Jawapannya ada kepada ahli-ahlinya.......................?

Mari sama-sama kita doakan kepada Allah supaya terbuka hati mereka untuk bergabung dengan UMNO supaya melayu boleh kuat dan kita boleh jalankan undang-undang dalam Islam.
Jika gabungan ini terjadi akan bertambah kuatlah orang-orang melayu. Apakah kita semua tidak mahu?

Salam perpaduan