Musnahkan pengkhianat Negara

Musnahkan pengkhianat Negara

Friday, January 29, 2010

aku memang tunggu isu ni..........

Jumaat 29/01/2010

Aku sudah menungu lama isu Kalimah ALLAH ini keluar dari mulut seorang Ustaz ini. Maka hari ini aku sudah berpuashati apa yang disampaikan ketika Khutbah jumaat. Beliau ialah bekas ketua pemuda PAS P.Pinang dan sekarang dia tidak lagi bermain politik malah beliau sudah menubuhkan badan bukan kerajaan(NGO). Beliau yang aku maksudkan ialah Hafiz Nordin yang satu ketika kita dapat melihatnya dalan kaca tv dimana beliau membuat demo isu kalimah ALLAH di P.Pinang tempohari termasuk Pemuda UMNO pada hari yang sama.


1. Dengan lafaz bismillah dibacanya ayat al-ikhlas ini dengan dengan maknanya sekali iaitu;
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
beliau begitu marah sekali dimana kalimah ini diberi restu kepada si kafir untuk menggunakan kalimah ini.

2. Bab agama semawi ini yang paling menarik untuk didengar kerana agama dari langit bukanlah apa yang dimaksudkan oleh sesetengah pihak yang mengatakan agama kristian dari langit adalah salah kerana ALLAH menurunkan agama Islam sahaja. Sambil nada keras beliau mengesyorkan mereka yang mengatakan kristian ini agama dari langit perlu beristifar kerana ini menyebabkan kita menyekutu kepadaNya. Beliau juga mengatakan golongan yang menyokong isu ini terdapat dalam mana-mana parti politik termasuk MP Pas yang kita sedia maklum. Dengan dengus dengan rasa kecewa ia mengeluarkan kata .........bahaya.....

Teringat juga aku dimana TGNA mengatakan agama samawi ini berhak menggunakankan kalimah ALLAH ini. Tetapi ini adalah salah .........................

Saturday, January 9, 2010

Ni kat Zoo Taiping









Makan angin sekejap....................muzium Taiping















Resolusi BPN 1/2010


Blogger Pembela Negara ( BPN ) bersama-sama dengan Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Abd Razak di dalam mengutuk tindakan membakar 3 buah gereja yang telah dilaporkan berlaku awal pagi tadi. Ia terjadi sebelum demonstrasi membantah nama Allah kepada Gereja Katolik berlangsung di Masjid Negara, Masjid Kg Baru dan Masjid Negeri Shah Alam hari ini.

Perbuatan membakar rumah ibadat bercanggah dengan ajaran Islam dan semua pihak tidak patut menyokong tindakan tersebut kerana ia boleh mengancam keselamatan dan menghakis kedamaian yang kita nikmati sekarang ini.

Ketegasan Perdana Menteri di dalam mengutuk perbuatan tidak bermoral tersebut adalah bukti beliau benar benar mengamalkan tuntutan agama di dalam memelihara keamanan dan menjaga keselamatan rakyat tanpa mengira kaum, agama atau bangsa. Selaras dengan tuntutan Islam yang meminta umatnya menjaga rakyat yang dipimpin dengan adil dan saksama.

Pihak berkuasa perlu menyiasat dengan segera tindakan membakar gereja yang sangat berbahaya kepada perpaduan di negara kita. Apatah lagi jika ia didalangi pihak tertentu khasnya parti politik yang sememangnya ingin menjadikan negara kita di dalam suasana huru hara selepas mereka sudah tidak mampu lagi membawa isu isu yang lain bagi mendapatkan sokongan rakyat.

Atau ia boleh jadi satu cubaan jahat bagi memburukkan Islam selepas isu penggunaan nama Allah ditentang hebat oleh kita semua !

Insiden pergaduhan membabitkan agama di beberapa negara luar seharusnya sudah cukup menjadi panduan kepada kita semua betapa bahaya jika persengketaan berdasarkan agama ini berlaku di negara kita. Kita perlu berganding bahu memadamkan segera benih permusuhan yang timbul agar ia tidak memudaratkan semua pihak.

Meskipun kita membantah tindakan Gereja Katolik memohon penggunaan nama Allah di Mahkamah Tinggi tetapi mana-mana orang Islam kita tidak sepatutnya membuat tindakan yang bertentangan dengan undang-undang. Kerana kedaulatan undang-undang adalah asas kepada kestabilan sesebuah negara termasuk Malaysia. Bahkan agama kita tidak mengajar membakar rumah ibadat agama lain.

Keselamatan adalah harta pusaka yang akan kita tinggalkan sebagai warisan anak cucu dan janganlah tangan kita yang memusnahkan pusaka tersebut yang sudah dijaga dengan baik oleh datuk nenek kita terdahulu.

Marilah kita mengutuk tindakan membakar gereja tersebut dan bersama membantu menjaga keamanan agar ia berkekalan hari ini dan untuk selama-lamanya...


Yang benar,

YDP Blogger Pembela Negara

Berjuanglah demi bangsa, negara dan agama.
Bersatu kita, demi umat, berjuanglah kita atas nama Agama dan negara malah martabatkan akidah kita.