Musnahkan pengkhianat Negara

Musnahkan pengkhianat Negara

Blogger Pembela Negara

Saturday, October 17, 2009

Kedah..Kedah..Kedah.....


Azraai tinggalkan skuad Kedah


SETELAH menjulang Kedah sebagai juara treble bagi dua musim berturut- turut, Mohd. Azraai Khor Abdullah mula berubah angin.

Semalam, Azraai membuat kejutan apabila melepaskan jawatannya sebagai ketua jurulatih skuad bola sepak Kedah.

"Saya sudah menghantar surat meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Kedah kepada Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Hamdan Mohamed Khalib tengah hari semalam.

"Beliau (Hamdan) meminta saya menimbang semula keputusan saya itu tetapi saya sudah tekad untuk ber- alih arah," kata Azraai kepada Kosmo! semalam.

Ditanya dengan lebih lanjut mengenai keputusannya untuk meletakkan jawatan, Azraai berkata: "Saya sedih, sama ada mereka (pihak pengurusan) tidak faham tentang bola sepak atau mahu mempolitikkan sukan itu. Saya mencadangkan beberapa nama pemain serangan untuk Kedah tetapi maklum balas yang diberi mengecewakan."

"Real Madrid, satu pasukan yang hebat pun masih mahu mengambil Kaka dan Cristiano Ronaldo. Ini pula Kedah yang tiada pemain seperti itu mahu mengambil penyerang tempatan yang berbakat sahaja tetapi hampa," katanya.

"Apa pun, sebagai anak jati Kedah saya sudah melakukan yang terbaik untuk pasukan. Saya berbangga dengan pemain Kedah dan saya mengiktirafkan mereka antara pemain legenda Kedah," katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada penyokong Kedah yang disifatkan antara yang terbaik di negara ini.

"Penyokong memahami kesukaran dan masalah saya. Mereka banyak membantu menjulang Kedah," katanya.

Selepas mengesahkan tiada lagi 'ikatan' dengan Kedah, kini jurulatih berusia 57 tahun itu bakal membuka buku baru dengan melatih skuad muda negara, Harimau Muda mulai 1 November depan.

"Saya telah menerima panggilan telefon daripada kakitangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) petang semalam yang meminta butiran peribadi dan alamat saya bagi urusan surat tawaran (sebagai jurulatih skuad Harimau Muda).

Azraai menambah, beliau bersyukur kerana permohonannya untuk membimbing skuad Harimau Muda yang akan beraksi pada kempen Liga Super musim depan telah diterima FAM.

"Pada September lalu, saya ada memohon kepada FAM untuk melatih skuad muda negara itu," katanya.

Untuk rekod, Azraai yang mula membimbing Kedah sejak 2004, membantu pasukan itu menjuarai Liga Perdana pada musim 2005/ 2006.

Pada musim 2007 dan 2008, Kedah mencipta sejarah apabila muncul sebagai juara treble dengan meraih Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super selain Azraai dijulang sebagai jurula- tih terbaik sebanyak dua kali.

Namun, pada saingan musim ini, Kedah seakan-akan ditimpa 'bencana' apabila sekadar menduduki tangga ketiga Liga Super, Piala FA (pusi- ngan kedua) dan Piala Malaysia (peringkat kumpulan).

.....................

Apakah punca kejatuhan pasukan kesayangan kita ini jatuh merudum, pihak pengurusan diambil oleh Kerajaan barukah yang punca jadi begini? Jika nak berpolitik pun jangan jadikan bolasepak ini tempatnya. Ingat sila ambil ikhtibar...... semoga berjaya pasukan Kedah untuk tahun depan dan selamat berjaya dan terima kasih kepada coach azraii berkhidmat selama ini.

No comments: