Musnahkan pengkhianat Negara

Musnahkan pengkhianat Negara

Blogger Pembela Negara

Monday, January 19, 2009

SURAT TERBUKA KEPADA TUN MAHATHIR MOHAMMAD





Harap semua ahli BPN dapat siarkan artikel ini di blog masing masing bagi membolehkan KITA MENDESAK agar Tun Mahathir ( bekas Presiden UMNO ) membuang yang keruh, ambil yang jernih dan kembali memberi sokongan kepada UMNO/BN.
Lebih lebih di bawah bakal PM Malaysia Ke-6 Datuk Seri Najib Tun Razak bulan Mac nanti ...

Agar kekuatan Melayu Islam akan kembali kuat bagi menghadapi lawan yang semakin gigih berusaha menjatuhkan pembela agama bangsa kita sejak sekian lama dengan fitnah dan tipudaya...Ayuhlah sahabat demi melihat bangsa kita tidak lagi diusir di bumi sendiri angkara bersengketa sesama mereka...

Tajuk : TUN MAHATHIR HARUS BUANG YANG KERUH

1. Di Kuala Terengganu, petunjuk yang boleh menyenangkan hati ialah BN masih disokong oleh 30,200 pengundi bermakna BN masih relevan.
2. Kemenangan PAS masih merupakan sambungan tsunami politik PRU12, menunjukkan pembangkang masih beruntung kerana trend itu masih berterusan.
3. Tun Mahathir tidak sepatutnya menutup pintu untuk membantu BN hanya kerana tidak bersetuju dengan Pak Lah atas beberapa perkara, kerana sebagai PM Pak Lah sudah pasti mempunyai alasan untuk meneruskan atau membatalkan satu-satu dasar untuk kepentingan negara. Perkara ini pun dilakukan Tun pada ketika Tun sebagai PM.
4. Tun Mahathir dikenali kerana semangat nasionalismenya yang kuat kepada bangsa Melayu & tanah air, namun dalam konteks UMNO Tun telah silap apabila tidak menyokong UMNO sepenuhnya semasa PRU12 dan PRK Permatang Pauh & terbaru K.Terengganu.
5. Jika Pak Lah seorang yang pendendam, sudah pasti Mukhriz tidak jadi Ahli Parlimen, malah sudah pasti Mukhriz akan digantung keahliannya kerana menulis surat yang tidak patut kepada Presiden.
6. Tunku dahulu tidak mengambil masa lama untuk memecat Tun Mahathir akan perkara yang sama.
7. Maka itu, jika Tun memang benar-benarlah sayangkan bangsa Melayu, maka Tun perlu membuang egonya.
8. Jika Tun dalam usia 84 masih sanggup terbang ke Kuwait untuk membantu rakyat Palestin, mengapa tidak kepada orang Melayu & UMNO yang pernah dipimpinnya dan yang meletakkannya ke mercu tanda.
9. Penulis berharap Tun berbaik-baiklah semula dengan Pak Lah, janganlah memberi syarat untuk membantu UMNO dan orang Melayu, jika tidak penulis percaya tidak mustahil PRU-13 nanti Perdana Menteri Malaysia terpaksa dipilih dalam kalangan MP DAP!
10. Ia tidak mustahil, dahulu di Singapura ada 3 Kerusi MP UMNO, akhirnya PAP berjaya leraikan, mansuhkan dan tutup sama sekali peluang UMNO & Melayu di Singapura.

* ARTIKEL INI HASIL KIRIMAN SESEORANG YANG SAYANGKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARANYA...

Dicatat oleh Panglima Perang Cyber



Keresahan Taminsari :

" Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya- jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya" (Surah An-Nissa’-Ayat 59)

Demi Melayu dan demi Islam, tanganilah segera perpecahan yang sedang melanda umat Melayu hari ini. Memang segala yang telah berlaku ke atas orang Melayu ini mempunyai sebab-musababnya. Tetapi, perlu diingat bahawa memang sudah menjadi hukum alam ini bahawa sebab-sebab itu sebenarnya telah diatur oleh Allah Ázza Wa Jalla.

Begitulah hakikatnya di sisi Islam. Kalau Islam menuntut setiap umatnya supaya hanya Allah sahajalah yang kita sembah, Islam juga menuntut supaya kepada Allah sahajalah kita memohon pertolongan. Oleh itu, usahakanlah perdamaian antara Melayu dan Islam di negara ini. Ikhtiarkanlah. Segala daya usaha itu dijalankan seiringan dengan restu dan hidayat yang dipohonkan dari Allah yang maha besar lagi maha sempurna.

Waspadalah, dalam sesuatu pertelingkahan, setiap pihak yang terbabit akan mengatakan bahawa dia berada di pihak yang benar, sedangkan kebenaran itu hanya satu. Bukannya dua atau tiga. Dan kebenaran itu pula datangnya dari Allah SWT jua. Beginilah seharusnya perlawanan Melayu sesama Melayu hari ini berakhir. Kembalilah ke pangkal jalan. Berdamailah pemimpin Melayu dan selesaikanlah masalah perpaduan Melayu dan ketuanan Melayu ini dengan penuh bijaksana.

Berwaspadalah, kalau menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan bersepah. Berhati-hatilah, kalau membunuh ular, kayu pemukul janganlah sampai patah, ular dipukul biarlah mati, tanah terpukul usahlah pula sampai lekuk.

Melayu harus berpadu. Melayu mesti bersatu.Melayu harus bersatu dan berpadu dalam politik dan seluruh aspek kehidupan yang sewajarnya. Perlu diingat bahawa hanya UMNO dan BN sahaja yang menjamin kesejahteraan masa depan.

Harapan kami sebagai akar umbi yang tak sanggup lagi untuk melihat Melayu berpecah belah lebih-lebih lagi didalam UMNO sendiri, semuga Tun Mahathir dapat melupakan segala persengketaan yang berlaku selama ini dan kembali membantu UMNO kuat dan perkasa seperti dahulu. Hidup UMNO. Dulu, Kini Dan Selamanya.
InsyaAllah.

Taminsari

No comments: