Musnahkan pengkhianat Negara

Musnahkan pengkhianat Negara

Blogger Pembela Negara

Sunday, December 28, 2008

Perjuangan untuk Mu 1430

Maal Hijrah

Tahun baru bagi kita yang beragama Islam. Apa yang menariknya dalam Kalendar Islam ini penghijrahan Nabi Muhamad SAW yang kita tahu penghijrahan dalam menyebarkan agama Islam iaitu pendakwahanNya kepada golongan kafir harbi.

Kepada kita yang masih terkial-kial mencari sebenar maksud Hijrah ini. Apakah kita sudah sampai impaknya?
Dengan kedatangan bulan Muharram ini adakah kita sudah bersedia dari fizikal dan mental kita yang mana kita sudah tahu kafir-kafir diluar sana sentiasa cuba, bercita-cita menakluki agama suci kita.

Dengan nyata benar Nabi Muhamad SAW yang sangat cintakan ALLAH sanggup berkorban harta malah kehidupanNya kepada ALLAH.. Macamana dengan kita? Nabi Ibrahim AS juga sangat cintakan ALLAH dengan mengorbankan anaknya Nabi Ismail demi cintanya kepada yang Esa. Kita bagaimana? Sebagaimana juga sahabat-sahabat Rasulllah SAW sanggup meninggalkan anak-anak dan isteri-isteri mereka demi cintanya mereka kepada ALLAH dengan berperang berjihad menentang kafir dimana mereka itu sekumpulan angkatan 313 orang yang tidak lengkap bersenjata menentang 1000 orang lebih kafir yang kelengkapan senjata mereka yang lebih advance. Ini umpama menyerah tengok mereka kepada kafir untuk disembelih, tapi demi cinta mereka kepada ALLAH mereka sanggup berjuang. Dengan ini izin ALLAH tentera-tentera Islam ini berjaya mengharungi dengan kejayaan dengan kehendakNya. Kita bagaimana?

Sangat sedih serta insafnya kita dimana kekuatan jasmani dan rohani kita tidak ada sedikit pun untukNya. Bermulanya bulan Muharam yang mulia ini, bersama-sama kita menjayakan cinta kita kepada ALLAH walau secubit garam kata orang tapi banyak nikmatnya akan kita dapat dariNya.

Dengan ini saya mengucapkan Selamat menyambut Tahun baru Hijrah 1430. Tingkatkan tahap keimanan kita.

Kepada pejuang BPN kita cuba patahkan cubaan kafir-kafir diluar sana.

Salam dari ADHA SULAIMAN

1 comment:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

salam

http://aberamly.wordpress.com

http://ramlyotai.blogspot.com

http://awanggedeber.blogspot.com