Musnahkan pengkhianat Negara

Musnahkan pengkhianat Negara

Blogger Pembela Negara

Wednesday, December 24, 2008

debat KJ & Husam Edrogan

Malaysiakini - Khairy Jamaluddin vs Husam Musa – Bermulanya Satu Pembaharuan Berani



Ketibaan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di Balai Islam, Kota Bharu jam 9 malam tadi disambut dengan gema laungan “takbir” oleh hampir dua ribu penyokong PAS. Dewan ini dibanjiri oleh manusia setelah selesai solat Isya’ dan bagi memastikan ribuan hadirin diluar dapat melihat aksi wacana ini, beberapa skrin ditempatkan di beberapa tempat strategik di sekeliling dewan.

Khairy menyemarkkan sokongan kumpulan kecil Pemuda UMNO yang turut hadir apabila beliau menyatakan bahawa Pakatan Rakyat belum diuji. Tegas beliau, percanggahan ideologi yang cukup besar wujud dalam Pakatan Rakyat sekarang. Begitu banyak isu yang menemui kebuntuan termasuk soal islam, kontrak sosial, hak orang Melayu, Bumiputera, Negara Islam dan lain-lain. Bak kata pepatah, bagai retak menanti belah.

Beliau juga membidas sikap tidak adil dalam pemerintahan yang ditunjukkan oleh sesetengah negeri di bawah Pakatan Rakyat. Ulas beliau, ketika Menteri dan Menteri Besar UMNO diheret kedalam makhamah, mereka diminta berehat dan tumpu kepada usaha untuk mebela nama mereka, namun dua ahli EXCO negeri Perak dibenarkan untuk meneruskan tugas mereka walaupun dibelenggu dengan tuduhan yang begitu serius. Khairy juga menyentuh tentang laporan pertelingkahan di dalam PAS; dimana kumpulan Pro Anwar dan PAS tulen dilihat bertembung.

Dato Husam Musa pula tidak menunjukkan kematangan yang layak bagi kepimpinan tertinggi PAS apabila beliau tidak menjawab soalan samaada dari moderator mahupun para hadirin dan sebaliknya lebih tertumpu kepada serangan peribadi, politik dalaman UMNO dan politik PAS. Apa yang memeranjatkan para hadirin ialah apabila Dato Husam “melenting” dan mengajak kumpulan kecil Pemuda UMNO untuk berdebat dengan beliau apabila mereka meminta jawapan kepada persoalan yang telah diajukan.

p/s : ini lah kita melayu mesti bersemangat juang tahniah untuk KJ.
nak baca lebih klik.

No comments: